Karbohidrat dan Realitinya
======================
Apakah karbohidrat?
Karbohidrat adalah zat makanan yang terbina strukturnya dari GULA. Ia terbahagi kepada
2 jenis iaitu Karbohidrat Ringkas dan Karbohidrat Kompleks.
Yang manakah karbohidrat yang patut kita makan?
Karbohidrat yang baik ialah Karbohidrat Kompleks dan yang perlu dihindarkan ialah
Karbohidrat Ringkas.
Apakah sumber Karbohidrat Kompleks yang patut kita ambil?
Sumber Karbohidrat Kompleks ialah roti bijirin tulen, bijirin dan beras, kacang pis, kekacang yang dikeringkan, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Apa pula sumber Karbohidrat Ringkas yang patut kita elakkan?
Sumber Karbohidrat Ringkas ialah beras putih, roti putih, coklat, gula, susu, jus buah-buahan, soda serta kebanyakkan makanan pencuci mulut.
Kenapa Karbohidrat Ringkas berbahaya untuk badan jika diambil berlebihan?
Karbohidrat padat amat mudah hancur dan diserap badan. Ini dengan mudahnya akan meningkatkan kadar gula dalam darah dan tubuh akan mengalirkan Insulin dengan banyak. Ia juga akan menurunkan kadar Kolestrol Baik, yaitu HDL yang berfungsi untuk mencegah serangan sakit jantung.
Bagaimana makanan diukur karbohidratnya jika dilihat dari segi kesan kepada tubuh?
rendah akan melepaskan glukosa sedikit demi sedikit ke dalam aliran darah. Contoh ukuran GI mengikut tangga menurun;
Maltosa (GI:150)
Glukosa (GI:137)
Lucozade (GI:136)
Emping Jagung (CornFlakes) (GI: 119)
Roti Putih (GI: 100)
Minuman bergas (GI: 97)
Minuman kordial (GI: 94)
Coklat (GI: 91)
*Semua diatas karbohidrat tidak baik
Berikut adalah contoh karbohidrat yang baik;
Buah Pear (GI: 53)
Susu Kacang Soya (GI: 43)
Kacang Tanah (GI: 21)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar